Winning entries could not be determined in this language pair.There were 5 entries submitted in this pair during the submission phase. Not enough votes were submitted by peers for a winning entry to be determined.Competition in this pair is now closed. |
Pada masa 50 tahun lalu, Neil Armstrong telah memijakkan kakinya di atas permukaan Bulan yang menjadi inspirasi kekaguman, kebanggaan dan keajaiban di seluruh dunia. Akhbar ini berhujah bahawa "mulai hari ini, manusia boleh pergi ke mana-mana saja di alam semesta yang keazaman fikirannya dan ikhtiar kecerdikannya mahukan... ke planet-planet, lambat-laun pastinya manusia akan sampai." Namun tidak. Pendaratan Bulan merupakan suatu pelencongan, suatu matlamat yang dicapai bukan kerana matlamatnya tetapi cara untuk memberi isyarat tentang keupayaan luar biasa Amerika. Pada ketika itu, sekali telah dibuat, tidak perlu dibuat semula. Hanya 571 orang telah berada di orbit; dan sejak tahun 1972 tiada seorang pun telah menjelajah lebih jauh ke angkasa lepas berbanding Des Moines dari Chicago. Lima puluh tahun berikutnya akan kelihatan sangat berbeza. Kos yang menurun, teknologi-teknologi baharu, cita-cita China dan India, dan generasi baharu usahawan menjanjikan era pembangunan angkasa lepas. Ia hampir pasti melibatkan pelancongan untuk golongan kaya dan rangkaian komunikasi yang lebih baik untuk semua; dalam jangka masa panjang ia mungkin melibatkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan massa. Angkasa lepas akan menjadi lebih kepada lanjutan bagi bumi—gelanggang yang bukan hanya untuk kerajaan-kerajaan tetapi juga untuk firma-firma dan orang biasa. Namun untuk mencapai potensi ini dunia perlu mewujudkan satu sistem undang-undang untuk mentadbir urus dunia di atas kita—baik pada masa damai mahupun, jika perlu, pada masa peperangan. Pembangunan angkasa lepas setakat ini ditumpukan pada pemudahan aktiviti di bawah—terutamanya komunikasi satelit untuk penyiaran dan pemanduan arah. Kini ada dua perkara yang sedang berubah. Pertama, geopolitik membakar semangat baharu untuk menghantar manusia melepasi kecetekan orbit rendah bumi. China merancang untuk mendaratkan manusia di Bulan menjelang tahun 2035. Pentadbiran Presiden Donald Trump mahu rakyat Amerika kembali ke sana menjelang tahun 2024. Kos yang menurun menjadikan perkara ini lebih murah berbanding sebelumnya. Apollo memakan kos ratusan bilion dolar (dalam wang hari ini). Sekarang harga tiket itu adalah puluhan bilion dolar. [ … ] Kita tidak boleh mempromosikan angkasa lepas sebagai satu zaman "Wild West" yang romantik, sempadan anarkis untuk manusia membuang belenggunya dan menemui kembali takdirnya. Tadbir urus diperlukan untuk angkasa lepas memenuhi potensinya. Pada masa dunia tidak dapat bersetuju dengan peraturan untuk perdagangan daratan bagi bar keluli dan kacang soya, perkara ini mungkin kelihatan seperti satu tuntutan yang besar. Tetapi tanpa perkara ini, semua potensi yang terletak di luar Bumi perlu menunggu paling cepat 50 tahun lagi untuk dipenuhi. Perkara paling teruk boleh berlaku ialah angkasa lepas menambah masalah kepada Bumi. | Entry #27293 — Discuss 0 — Variant: Not specified
|
50 tahun lalu, saat Neil Armstrong menjejakkan kakinya di atas permukaan Bulan telah menimbulkan kekaguman dan kebanggaan di seluruh dunia. Akhbar ini berhujah bahawa "manusia, bermula dari hari ini, boleh ke mana-mana sahaja di dunia ini jika mempunyai keazaman dan ikhtiar... ke planet-planet lain, lebih awal dari jangkaan, manusia pasti akan ke sana." Tetapi tidak. Pendaratan di bulan hanyalah satu penyimpangan, matlamat yang tercapai bukan semata-mata sebagai matlamat akhir tetapi sebagai mesej untuk menunjukkan keupayaan luar biasa Amerika. Mesej ini, sebaik sahaja disampaikan, tidak perlu disampaikan lagi. Hanya 571 orang telah ke orbit; dan sejak 1972, tiada lagi yang telah pergi lebih jauh ke angkasa seperti jarak Des Moines dari Chicago. Dalam 50 tahun akan datang, situasi ini akan berbeza. Penurunan kos, teknologi baru, azam China dan India, dan usahawan generasi baharu menjanjikan era pembangunan angkasa yang lebih berani. Ini semestinya membabitkan pelancongan untuk golongan kaya dan rangkaian komunikasi yang lebih baik untuk semua; dalam jangka panjang, mungkin membabitkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan awam. Angkasa akan jadi seperti sambungan kepada Bumi - sebuah arena untuk syarikat dan individu, bukan sahaja kerajaan. Namun, bagi memastikan janji ini terlaksana, dunia ini perlu mewujudkan sebuah sistem perundangan untuk mentadbir angkasa - semasa aman dan, sekiranya berlaku, semasa perang. Pembangunan angkasa setakat ini hanya tertumpu kepada memudah cara kegiatan di bumi- sebahagian besarnya komunikasi satelit untuk penyiaran dan pengemudian. Kini, dua perkara telah berubah. Pertama, geopolitik sedang memarakkan penekanan baru untuk menghantar manusia lebih jauh dari orbit rendah bumi. China merancang untuk mendaratkan manusia di Bulan menjelang 2035. Pentadbiran Presiden Donald Trump mahu Amerika kembali ke sana menjelang 2024. Penurunan kos menjadikan usaha ini lebih murah berbanding dulu. Kos Apollo berjumlah ratusan bilion dolar (nilai pada hari ini). Kini harga tiket bernilai puluhan bilion. [...] Mempromosikan angkasa dengan mengolahnya secara romantik umpama Wild West, sebuah sempadan tanpa undang-undang, tempat manusia boleh membuang belenggunya dan mencari semula takdir. Untuk angkasa memenuhi janjinya, tadbir urus diperlukan. Pada masa dunia tidak dapat bersetuju dengan peraturan untuk perdagangan keluli dan kacang soya di daratan, permintaan ini mungkin terlalu besar. Tetapi tanpa permintaan ini, potensi yang ada di luar bumi mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya 50 tahun lagi untuk dipenuhi. Lebih teruk, angkasa boleh menambah lagi masalah di Bumi. | Entry #27367 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
Pada waktu ini, 50 tahun yang lalu, Neil Armstrong telah menjejakkan kakinya di permukaan bulan yang menjadi inspirasi kebanggaan, kebanggaan dan keajaiban di seluruh dunia.Akhbar ini berdebat bahawa "manusia, mulai dari hari ini, boleh pergi ke mana-mana saja di seluruh alam semesta seperti yang dikehendaki oleh fikirannya dan yang dirancangkan oleh kecerdikannya... ke planet-planet, lebih cepat daripada kemudian, manusia sekarang ada kepastian untuk pergi."Namun tidak. Pendaratan di bulan adalah suatu penyimpangan, matlamat yang dicapai bukanlah sebagai pengakhiran tetapi sebagai satu cara yang memberi isyarat akan keupayaan Amerika yang luar biasa. Perkara tersebut, sekali dibuat, tidak perlu dibuat semula. Hanya 571 orang telah berada di orbit; dan sejak tahun 1972 tiada seorang pun yang telah melangkah ke angkasa lebih jauh daripada Des Moines dari Chicago. 50 tahun akan datang akan kelihatan sangat berbeza. Pengurangan kos, teknologi baru, cita-cita China dan India, dan generasi baru usahawan bakal menjanjikan era yang berani dalam pembangunan ruang angkasa. Ia pasti hampir melibatkan pelancongan untuk rangkaian komunikasi yang kaya dan lebih baik untuk semua; dalam jangka masa panjang ia mungkin melibatkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan besar-besaran. Ruang akan menjadi lebih seperti tambahan lanjutan bumi - arena untuk firma dan individu swasta, bukan hanya kerajaan. Tetapi untuk janji ini dipenuhi, dunia perlu mewujudkan satu sistem undang-undang untuk memerintah ruang udara – baik pada waktu aman damai dan, sekiranya ia datang, dalam peperangan. Pembangunan ruang angkasa setakat ini telah difokuskan pada aktiviti untuk memudahkan aktiviti seperti di bawah - terutamanya komunikasi satelit untuk penyiaran dan navigasi. Kini, dua perkara telah berubah. Pertama, geopolitik mencetuskan dorongan baru untuk menghantar manusia di luar permukaan yang lebih rendah – orbit bumi. China bercadang untuk mendaratkan di Bulan pada 2035. Pentadbiran Donald Trumps mahukan rakyat Amerika kembali mendarat di sana pada 2024. Penurunan kos membuatkan hal ini lebih murah daripada sebelumnya. Kos Apollo adalah ratusan billion dollar (dalam nilai matawang semasa). Sekarang, berpuluh-puluh billion dollar adalah harga sebuah tiket. [ … ] Ia adalah satu kesilapan mempromosikan ruang angkasa sebagai Wild West yang romantik, sempadan anarkis di mana manusia dapat melepaskan belenggu dan menemui kembali destinasinya. Bagi ruang angkasa untuk memenuhi janjinya, pengurusan diperlukan. Pada waktu dunia tidak dapat bersetuju dengan peraturan perdagangan darat bar keluli dan kacang soya, ia mungkin akan kelihatan seperti persoalan yang besar. Namun tanpa itu, semua potensi yang terletak di luar Bumi akan menunggu paling lama 50 tahun lagi untuk dipenuhi. Yang paling teruk, ruang angkasa boleh menambah kepada masalah Bumi | Entry #28099 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
50 tahun yang lalu, apabila Neil Armstrong menjejak kakinya di permukaan bulan, ia mengilhami kebanggaan, kebanggaan dan kekaguman di seluruh dunia. Akhbar ini berhujah bahawa "manusia, mulai hari ini, boleh pergi ke mana saja di alam semesta mengikut kehendak fikirannya dan kecerdikannya... ke planet-planet, cepat atau kemudian, manusia sekarang pasti pergi." Tetapi tidak. Pendaratan di bulan adalah penyimpangan, matlamat tidak dicapai sebagai pengakhiran tetapi sebagai cara untuk mengisyaratkan keupayaan luar biasa Amerika. Perkara itu, jika sekali dibuat, tidak perlu dibuat semula. Hanya 571 orang telah pergi ke orbit; dan semenjak tahun 1972 tiada seorang pun telah melangkah lebih jauh ke angkasa daripada Des Moines dari Chicago. 50 tahun akan datang akan kelihatan sangat berbeza. Kejatuhan kos, teknologi baru, cita-cita Cina dan India, dan generasi baru usahawan menjanjikan era pengembangan angkasa lepas. Ia hampir pasti melibatkan pelancongan untuk rangkaian komunikasi yang kaya dan lebih baik untuk semua; dalam jangka panjang, ia mungkin melibatkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan massa. Angkasa lepas akan menjadi lebih seperti sambungan bumi- satu arena untuk firma dan individu swasta, bukan hanya kerajaan. Tetapi untuk memenuhi janji ini, dunia perlu mewujudkan satu sistem undang-undang untuk memerintah-baik pada masa damai dan, jika perlu, dalam peperangan. Perkembangan ruang setakat ini telah bertumpu pada memudahkan aktiviti di bawah terutamanya komunikasi satelit untuk penyiaran dan navigasi. Sekarang dua perkara sedang berubah. Mula-mula, geopolitik menimbulkan dorongan baru untuk menghantar manusia melepasi kedalaman orbit bumi rendah. China merancang untuk mendarat di Bulan pada 2035. Pentadbiran Presiden Donald Trump mahukan rakyat Amerika kembali ke sana menjelang 2024. Kejatuhan kos menyebabkannya menjadi lebih murah daripada sebelumnya. Apollo berkos beratus-ratus bilion dolar (dalam wang hari ini). Sekarang, harga tiket adalah berpuluh-puluh bilion. Ia adalah satu kesilapan untuk mempromosikan angkasa lepas sebagai Wild West yang tidak realitik, sempadan anarkis di mana manusia boleh melepaskan belenggu dan menemui kembali takdirnya. Untuk angkasa lepas memenuhi janjinya, pemerintahan diperlukan. Pada suatu masa ketika dunia tidak dapat bersetuju dengan peraturan untuk perdagangan darat bar keluli dan kacang soya, ia mungkin kelihatan seperti permintaan besar. Tetapi tanpa itu, potensi semua yang terletak di luar Bumi akan menunggu paling lama 50 tahun lagi untuk dipenuhi. Seteruk-teruknya angkasa lepas boleh menambah masalah Bumi. | Entry #27233 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
Pada saat, 50 tahun yang lalu, apabila Neil Armstrong menjejakkan kakinya di atas permukaan Bulan telah mendatangkan kekaguman, kebanggaan dan keajaiban pada seluruh dunia. Akhbar ini mengatakan bahawa "manusia, bermula dari hari ini, boleh meneroka ke mana sahaja di alam semesta ini mengikut kemahuan fikirannya dan kebijaksanaannya...ke planet-planet, lebih awal daripada jangkaan, manusia kini pasti boleh pergi." Tetapi tidak. Pendaratan di Bulan adalah satu persimpangan, sebuah tujuan yang dicapai bukan sebagai penamat untuknya tetapi sebagai tanda untuk menunjukkan kemampuan-kemampuan Amerika yang luar biasa. Fakta itu, setelah terhasil, tidak memerlukan pembuatan semula. Hanya 571 orang telah tiba di orbit; dan sejak 1972 tiada yang dapat meneroka jauh ke angkasa berbanding yang telah dilakukan oleh Des Moines dari Chicago. 5O tahun yang akan datang akan kelihatan jauh berbeza. Kejatuhan kos, teknologi-teknologi baru, dan cita-cita orang-orang China dan India, dan generasi baru para usahawan menjanjikan satu era yang berani dalam pembangunan angkasa. Ia hampir pasti melibatkan pelancongan untuk orang yang kaya dan rangkaian komunikasi yang lebih baik untuk semua orang; untuk jangka masa panjang ia mungkin melibatkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan massa. Angkasa akan menjadi lebih kepada lanjutan kepada Bumi- sebuah arena untuk firma-firma dan orang-orang persendirian, bukan hanya kerajaan. Tetapi untuk janji ini ditunaikan dunia perlu menggubal sebuah sistem undang-undang untuk mentadbir kerajaan langit- kedua-duanya ketika dalam keadaan aman dan, sekiranya ia berlaku, ketika dalam peperangan. Pembangunan angkasa setakat ini telah memfokuskan kepada aktiviti menyediakan kemudahan-kemudahan seperti di bawah- terutamanya komunikasi satelit untuk penyiaran dan navigasi. Sekarang dua perkara sedang berubah. Pertama, geopolitik telah menimbulkan tarikan baru untuk menghantar manusia melepasi lapisan-lapisan nipis orbit terendah Bumi. China merancang untuk mendaratkan manusia ke Bulan pada 2035. Pentadbiran Presiden Donald Trump menginginkan orang-orang Amerika untuk kembali ke sana pada 2024. Kejatuhan kos menjadikan perlumbaan menunujukkan siapa yang terbaik ini lebih berpatutan berbanding dulu. Kos Apollo adalah beratus-ratus bilion dolar (mengikut nilai wang sekarang). Sekarang berpuluh-puluh bilion merupakan harga tiketnya. [ ... ] Ianya adalah satu kesilapan untuk mempromosikan angkasa sebagai Wild West yang diromantikkan, sebuah sempadan anarki di mana kemanusiaan boleh melepaskan belenggunya dan mencari kembali takdirnya. Untuk angkasa dapat menunaikan janjinya pentadbiran adalah diperlukan. Pada ketika dunia tidak dapat bersetuju mengenai peraturan-peraturan tentang perjanjian perdagangan antara besi keluli dan kacang soya yang mungkin kelihatan seperti satu persoalan besar. Tetapi tanpanya semua potensi yang berada di atas Bumi paling kurang perlu menunggu 50 tahun lagi untuk dicapai. Paling teruk angkasa boleh menjadi tambahan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Bumi. | Entry #27154 — Discuss 0 — Variant: Not specified
|